free counters
Showing posts with label bintang. Show all posts
Showing posts with label bintang. Show all posts

Tuesday, August 4, 2009

Gambar Terbaru Fida, Bintang Pantene





Rafida Ibrahim atau Fida, bintang kelahiran Pantene ini nampaknya semakin mendapat perhatian. Dia yang berasal dari Kampung Baru ini memiliki bakat mengacara, menyanyi dan juga menulis buku. Wow…serba boleh ke?

Untuk terus ‘hidup’ dalam dunia seni ni, bagi penulis seseorang itu perlu memiliki bakat lebih dari satu baru lah boleh ‘cari makan’. Kalau cuma nak harapkan nyanyian saja, atau mengacara sahaja, sampai bila? Dengan kurniaan yang telah diberi oleh Allah, diharapkan Fida dapat bertahan dalam industri hiburan tempatan yang penuh pancaroba. Pesanan penulis, jangan sekali-kali lalai dan hanyut sebab hidup di dunia ini hanya sementara. All the best untuk Fida ye!

Biodata Aida Juara Gadis Melayu TV9



Bergelar juara untuk program realiti tv, Gadis Melayu yang disiarkan di TV9 tidak lama dahulu telah membuka pintu rezeki kepada Aida atau nama penuhnya Khairul Noor Maidah. Beliau yang telah dilamar oleh TV9 untuk mengacarakan program Apa Ke Halnya disamping Syamsul Ghau Ghau, Mr Os dan Din Beramboi setiap Jumaat, Sabtu & Ahad jam 10 – 11 pagi .

Aida bersyukur kerana telah dipilih menjadi pengacara rancangan tersebut, sekurang-kurangnya tidaklah bakatnya terpendam begitu sahaja. Beliau yang masih lagi belum menamatkan pengajian mengakui agak kepenatan apabila menceburkan diri dalam bidang penyiaran ini sehingga latihan amali yang sepatutnya dilakukan sejak Disember yang lepas terpaksa ditunda. Jika tiada aral, Aida dijangka mengendalikan program berbentuk majalah, Kembara Gadis Melayu ke Capetown pada pertengahan tahun ini.

Bagi peminat-peminat Aida di luar sana, berikut adalah sedikit biodata Aida untuk tatapan anda.

NAMA PENUH: Khairul Noor Maidah Zali
TEMPAT LAHIR: Kuantan, Pahang
TARIKH LAHIR: 15 Ogos 1985
TINGGI/ BERAT: 158sm/ 47kg
ADIK-BERADIK: Anak ketiga daripada sembilan beradik
AKADEMIK: penuntut tahun akhir Ijazah Komunikasi, Universiti Utara Malaysia
PENCAPAIAN: juara program Gadis Melayu TV9

Related Posts with Thumbnails
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity