free counters
Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Friday, August 14, 2009

Kahwin Tanpa Kebenaran, Ibu Tiri Siti Sarah Didenda

Have a website or portal?
Start earning SMS-revenue in 5
minutes! No startup & monthly fee
fortumo.com



Siti Fatimah Suberi, 22, secara sukarela mengaku bersalah kerana bernikah tanpa kebenaran pendaftar nikah di Songkhla, Thailand dengan Raisuddin Hamzah, bekas penyanyi popular tahun 80-an pada 2 Januari 2007.

Wanita berasal dari Alor Star, Kedah itu dikenakan denda RM1,000 atau dipenjara enam bulan.

Siti Fatimah boleh dipenjara dalam tempoh sebulan jika tidak menjelaskan denda pada hari ini.

Siti Fatimah sebelum itu turut membuat rayuan kepada pihak mahkamah untuk mengurangkan denda atas alasan dia merupakan suri rumah sepenuh masa.

Dia didakwa di bawah Seksyen 40(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.


Dalam pada itu, Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad menyebut:

“Mahkamah berharap hukuman ini menjadi pengajaran kepada tertuduh (Siti Fatimah) dan orang lain agar tidak berkahwin tanpa kebenaran yang akhirnya boleh mendatangkan masalah kepada keluarga sendiri.”

Thursday, August 13, 2009

Penyanyi utama Rabbani meninggal






Ustaz Mohd Asri Ibrahim

KUALA LUMPUR: Penyanyi utama kumpulan nasyid terkenal Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi akibat serangan jantung di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur.

Dimaklumkan, arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan pada sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira 10.30 pagi.

Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor, meninggalkan seorang balu, Halizah Shahzan, 39.

AL-FATIHAH buat beliau!



Wednesday, August 5, 2009

Gambar Bukti Skandal Norman Hakim Dan Memey Suhaiza!!




Kes dan masih belum selesai malah baru-baru ini ditangguhkan lagi oleh mahkamah sehingga 15 Mei depan. Mm..Apa-apa jelah. Yang pasti, Norman dan Memey menafikan keakraban hubungan mereka dan dikatakan hubungan mereka hanya sebagai pekerja dan bos sahaja.

Apabila anda melihat gambar-gambar ini, apa komen anda? Masih tidak cukup inti
m kah hubungan mereka?? Inilah dia BUKTI skandal hubungan antara dan ! Layanzzz…










Free MP3 Download
Unlimited MP3, Music Videos or Lyrics

Britney Spears Terima Ugutan Bunuh!





Britney Spears khabarnya telah membatalkan hasrat untuk membawa anak-anaknya melancong ke Russia setelah dia menerima ugutan bunuh melalui e-melnya.

Britney yang ini kini sedang berada di Finland dan akan pergi ke Russia untuk dua konsertnya iaitu di St. Petesburg dan Moscow pada minggu depan, lapor satu sumber.

“Pada asalnya, kedua-dua anaknya itu akan bersama Britney tetapi dia(Britney) berkeras untuk tidak membawa mereka disebabkan ugutan yang diterimanya,” kata satu sumber.

Selepas konsertnya di Moscow, Britney akan terbang terus ke London dengan menaiki jet persendiriannya untuk bersama anak-anaknya iaitu Sean Preston, tiga tahun, dan Jayden James, dua tahun.

Buat masa sekarang, identiti pengirim e-mel ugutan bunuh tersebut masih belum dapat dikenalpasti.



Tambah Pendapatan Di Rumah
Anda di bayar 1 sen untuk setiap pelawat baru

Zizi AF7 Anggota Baru The Fabulous Cats?



Anggota wanita kumpulan The Fabulous Cats (TFC) silih bertukar ganti bermula dari Ellie, kemudian Alya dan yang terakhir, Farhana. Kenapa ye? Mereka ni ada masalah dengan Cat ke? Erm.. mungkin mereka ada jawapan tersendiri…

Berita terbaru yang sampai ke telinga penulis, khabarnya Zizi, bekas pelajar Akademi Fantasia 7 (AF7) khabarnya telah disunting oleh kumpulan The Fabulous Cats ini. Kenyataan ini telah diakui oleh Cat sendiri selaku ketua kumpulan TFC ini.

“Kami akan mengikat janji selama 15 bulan dan akan bergerak mulai 1st July.
Album Fabuloucity akan diedarkan hujung tahun ini”, ujar Cat.

Kami di Terkini mengharapkan semoga kemasukan Zizi AF7 ini akan memberi sinar baru kepada kumpulan The Fabulous Cats kerana bagi kami suara Zizi memang superb!

Buat Duit Di Rumah
Anda Di Bayar Setiap Kali Membawa Masuk Pelawat Baru Ke Laman web Kami

Tuesday, August 4, 2009

Gambar Terbaru Fida, Bintang Pantene





Rafida Ibrahim atau Fida, bintang kelahiran Pantene ini nampaknya semakin mendapat perhatian. Dia yang berasal dari Kampung Baru ini memiliki bakat mengacara, menyanyi dan juga menulis buku. Wow…serba boleh ke?

Untuk terus ‘hidup’ dalam dunia seni ni, bagi penulis seseorang itu perlu memiliki bakat lebih dari satu baru lah boleh ‘cari makan’. Kalau cuma nak harapkan nyanyian saja, atau mengacara sahaja, sampai bila? Dengan kurniaan yang telah diberi oleh Allah, diharapkan Fida dapat bertahan dalam industri hiburan tempatan yang penuh pancaroba. Pesanan penulis, jangan sekali-kali lalai dan hanyut sebab hidup di dunia ini hanya sementara. All the best untuk Fida ye!

Linda Onn Bakal Berkahwin?



TANPA berselindung, pengacara dan penyampai radio popular, Linda Onn akhirnya mengaku dirinya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat.

Penyampai radio Sinar FM itu berkata, dia sudah membuat keputusan untuk berkahwin dengan calon pilihan hatinya.


“Saya sudah ke arah ini (kahwin). Insya-Allah, pada tahun ini kalau ada jodoh. Selebihnya saya tidak berani mahu komen,” akui Linda Onn ketika ditemui pada majlis meraikan media di My Asam Pedas Shop di Ampang, Selangor baru-baru ini.

Barangkali niat Linda untuk mendirikan rumah tangga tidak diketahui oleh banyak pihak termasuk pihak media dan juga peminat sebelum ini.

Semuanya bermula apabila gambar Linda tersiar di sebuah laman web kursus praperkahwinan sehingga memaksa tuan punya badan menjelaskan perkara sebenar.

Ya, akui Linda, dia berada di sana untuk mengikuti kelas praperkahwinan di Setiawangsa, Kuala Lumpur sekitar dua tiga minggu lalu.

Tanpa berdolak-dalih, wanita berusia 31 tahun itu menjawab, setelah berpendirian untuk mendirikan mahligai perkahwinan, sudah pastilah dia kena mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Apabila ingin kahwin, kita kena ada sijil kursus perkahwinan terlebih dahulu. Ini merupakan persediaan awal supaya saya tidak perlu risau untuk menghadiri kursus kemudian hari.

“Menerusi kursus kahwin ini, saya dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang perkahwinan dan hubungan suami isteri. Paling penting, kalau sudah ada sijil, senang untuk saya kahwin pada bila-bila masa,” jawab Linda tergelak kecil.

Biodata Aida Juara Gadis Melayu TV9



Bergelar juara untuk program realiti tv, Gadis Melayu yang disiarkan di TV9 tidak lama dahulu telah membuka pintu rezeki kepada Aida atau nama penuhnya Khairul Noor Maidah. Beliau yang telah dilamar oleh TV9 untuk mengacarakan program Apa Ke Halnya disamping Syamsul Ghau Ghau, Mr Os dan Din Beramboi setiap Jumaat, Sabtu & Ahad jam 10 – 11 pagi .

Aida bersyukur kerana telah dipilih menjadi pengacara rancangan tersebut, sekurang-kurangnya tidaklah bakatnya terpendam begitu sahaja. Beliau yang masih lagi belum menamatkan pengajian mengakui agak kepenatan apabila menceburkan diri dalam bidang penyiaran ini sehingga latihan amali yang sepatutnya dilakukan sejak Disember yang lepas terpaksa ditunda. Jika tiada aral, Aida dijangka mengendalikan program berbentuk majalah, Kembara Gadis Melayu ke Capetown pada pertengahan tahun ini.

Bagi peminat-peminat Aida di luar sana, berikut adalah sedikit biodata Aida untuk tatapan anda.

NAMA PENUH: Khairul Noor Maidah Zali
TEMPAT LAHIR: Kuantan, Pahang
TARIKH LAHIR: 15 Ogos 1985
TINGGI/ BERAT: 158sm/ 47kg
ADIK-BERADIK: Anak ketiga daripada sembilan beradik
AKADEMIK: penuntut tahun akhir Ijazah Komunikasi, Universiti Utara Malaysia
PENCAPAIAN: juara program Gadis Melayu TV9

Monday, August 3, 2009

Mamat Exist Bawa Diri Ke Singapura?



Ada sesiapa di sini yang masih ingat Mamat yang dahulunya vokalis kumpulan Exist? Setelah keluar dari kumpulan Exist suatu ketika dahulu, Mamat telah bergerak secara solo dan menghasilkan beberapa album.

Antara lagu yang penulis suka dengar adalah seperti Aleeya Mysara dan banyak lagi. Namun selepas itu, Mamat seolah-olah hilang dari bidang seni tempatan. Kata orang, dah termasuk dalam kategori artis ’suam-suam kuku’ la. Hehe.. jangan marah.


Setelah diselidiki, rupa-rupanya Mamat sekarang sudah membawa diri ke Singapura. Kenapa ye? Pasaran muzik tempatan dah tepu sangat ke hingga terpaksa menagih rezeki di negara orang pula?

Mamat sudah 4 bulan berada di Singapura dan khabarnya sudah menyiapkan beberapa lagu baru. Sebuah lagu duet bersama artis wanita Singapura dan satu lagi untuk lagu solonya. Harap-harap best la lagu tu yer!

Walaupun cukup sibuk dengan urusan di Singapura, Mamat tetap tidak melupakan tanggungjawabnya terhadap keluarga. Dengan erti kata yang lain, selalu juga lah berhubung dengan anak-anak di Kuala Lumpur ini. Hai.. berhubung dengan anak je ke? Dengan isteri bagaimana?

Yang kami peliknya, kalau dah ada kerja di Singapura, kenapa tidak dibawa aje family tinggal di sana? Mungkinkah berlaku keretakan di dalam rumahtangga beliau? Dengarnya sudah 4 bulan jugalah Mamat tidak sebumbung dengan isterinya! Apa citer tu wei??

Atau mungkinkah juga di Singapura, Mamat sudah ada ’spare tyre’? Anyone knows?

Saturday, August 1, 2009

Waheeda Nekad Tinggalkan Dunia Seni!

Lebih setahun yang lalu, Waheeda pernah menyuarakan hasratnya untuk meninggalkan karier seninya sebagai penyanyi dan pelakon. Ketika itu, ramai yang merasakan keputusan tersebut dibuat oleh Waheeda gara-gara isu kononnya penyanyi ini telah berkahwin dengan Akhil.

Namun, Waheeda masih lagi dilihat terus aktif dengan aktiviti seninya sehingga hari ini. Katanya ketika itu, dia menunggu album terbarunya dikeluarkan terlebih dahulu sebelum terus berundur. Dan memandangkan pada waktu itu semakin banyak tawaran yang datang, dia tidak menolaknya sementara menantikan albumnya itu siap.

Tetapi, tegasnya, dia tetap menyimpan hasratnya untuk tinggalkan bidang seni satu masa nanti.

Namun, dengan kontroversi hebat yang melanda dirinya ketika ini, kata Waheeda, dia memang nekad untuk ‘bersara’ dan kemungkinan besar akan terus menghentikan projek penghasilan album terbarunya itu.

“Saya sudah bosan. Dari dulu sampai sekarang macam-macam orang bercakap tentang saya. Kontroversi seperti inilah sebenarnya yang membuatkan saya ingin berhenti ketika itu. Untuk apa saya terus berada di sini sedangkan reputasi dan kredibiliti saya sudah tiada.

“Mungkin dulu saya bercakap seperti ini juga, tetapi saya tetap terus berada di dalam industri. Tetapi kini, saya rasa cukuplah apa yang saya lalui. Saya nekad untuk berhenti terus.

“Tidak guna untuk saya terus berdakwah menerusi bidang ini jika orang akan pertikaikan kredibiliti saya. Ibubapa saya juga menyarankan perkara yang sama kerana mereka tak sanggup melihat saya terus dilanda benda-benda macam ni.

“Sekarang ini saya tengah tunggu untuk selesaikan dulu projek-projek lakonan termasuklah program Cafe Akhil Hayy,” kata Waheeda.

Walaupun sedar tindakannya itu tidak bermaksud akan mengakhirkan segala kontroversi yang melanda, namun kata Waheeda, ‘at least’ kehidupannya selepas ini mungkin akan lebih ‘tenang’.

“Saya masih ada banyak benda yang boleh dibuat. Saya ingin terus lakukan kerja-kerja kebajikan. Ketika ini pun saya bertugas sebagai ‘facilitator’ di Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID).

“Mungkin jika saya ingin siapkan juga album tersebut, saya akan buat ’senyap-senyap’ saja tanpa sebarang publisiti. Siapa yang nampak album saya itu di pasaran, itu sajalah…tidak akan ada majlis pelancaran atau sebagainya,” kata Waheeda yang akui dia telah merakamkan semua lagu dalam album terbarunya itu

Tuesday, July 21, 2009

Mengaku minum arak, model kena 6 sebatan

KARTIKA SARI DEWI memfailkan rayuan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sebat di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, semalam.

Tertuduh juga boleh kena penjara jika gagal bayar denda RM5,000

KUANTAN: Seorang model sambilan dari Singapura dijatuhi hukuman maksimum enam sebatan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah, di sini semalam selepas mengaku salah meminum minuman keras di sebuah pusat hiburan di Cherating, dekat sini, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus membuat keputusan itu selepas tertuduh, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, mengekalkan pengakuan bersalah selepas kes itu disebut kali pertama pada Disember tahun lalu.

Dia dihukum enam kali sebatan dan denda mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) dan hukuman rotan itu akan dilaksanakan oleh pihak penjara Persekutuan.


Untuk maklumat lanjut klik DISINI

Related Posts with Thumbnails
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity