
Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...
Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya
Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga
Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya
Makwe: Kenapa bukan kumbang
Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe: Wah! hebatnya abg nie....
begitu pandai berkata-kataSetelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah.....bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!
Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?
Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejeka..
Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua...selang beberapa bulanselepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahunkemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anakmereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,
Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami: Masakan abg boleh lupaIsteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman....
Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie.
Isteri: Kalau saya jadi bunga
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo
Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...
Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .
Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...
Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!Suami: Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!
Saturday, June 27, 2009
Kisah sepasang kekasih
Posted by
uday
at
8:25 PM
0
comments
Labels: kelakar, lawak, lawak bodoh
Lembu dan manusia

LEMBU sebenarnya lebih PANDAI daripada MANUSIA kerana...
1 ... lembu tak buang anak dalam tong sampah, longkang dsb.
2 ... lembu tak ponteng kerja... pagi-pagi dia keluar meragut, petang dia balik rumah.
3 ... bila sampai waktu maghrib, lembu mesti balik rumah.. dia tak ada pulak main takraw ke, main bolasepak ke, shopping kat pasar malam ke.
4 ... lembu tak melakukan perhubungan jantina luar tabii.
5 ... lembu tak buat maksiat seperti berjudi, minum arak dsb.
6 ... lembu faham cakap manusia tapi manusia tak faham cakap lembu.
7 ... lembu tak ada pulak beri anak dara dia keluar malam dengan lembu jantan lain.
8 ... anak teruna lembu pulak tak ada nak usung anak dara lembu lain sampai lewat malam.
9 ... lembu punya susu, sapi dapat nama... yang bagi nama minyak sapi tu, manusia lah, bukannya lembu.
10 ... lembu tak ada buang masa membaca email karut macam ni...
jangan marah, lawak bodoh jer..
Posted by
uday
at
8:09 PM
0
comments
Labels: geli-hati, lawak, lawak bodoh
Asal usul perkataan

ASAL PERKATAAN UBAT
Semasa Melaka dijajah Portugis, Hang Nadim telah bekerja sebagai penjaga kaunter klinik untuk askar-askar Portugis. Pada hari pertama dia bekerja tidaklah tahu dia apakah yang perlu di sebut di deretan botol-botol di rak almari. Dia pun bertanya kepada Doktor yang bertugas. "Sir, air dalam botol-botol ni saya nak panggil apa?" tanya Hang Nadim. Semasa Hang Nadim bertanya, doktor omputih itu tengah membuka sebuah botol lama untuk mengenalpasti apa isi kandungannya. Lalu terkeluarlah bau-bauan yang busuk dan membuatkan doktor omputih tu berkata " Uhhh... bad... ". Hang Nadim pun mengangguk sambil berkata "ooo..ubat".
ASAL PERKATAAN CELEBRATE
Semasa British menjejak kaki ke Johor, sebuah kampung sedang mengadakan pesta keramaian bagi meraikan hari keputeraan ketua kampung yang ke 59. Pegawai British yang sedang mengkaji adat budaya orang melayu ini pun pergilah hadir ke majlis tersebut. Semasa majlis sedang berlangsung ada 3 orang pemuda yang 3 suku akalnya (mereng) telah membuat kacau di majlis tersebut dengan mengadakan tarian separuh bogel di hadapan ketua kampung. Pegawai British yang baru tiba terkejut dengan suasana huru-hara sambil menjerit-jerit (macam parti omputih). Lalu pegawai British itu bertanya kepada salah seorang penduduk " Apa yang mereka lakukan?(slang omputih)". Orang itu mempedulikan pertanyaan omputih tetapi berkata pada dirinya sendiri " Selebet betul la mamat-mamat 3 suku ni, rosak majlis ni... heee... heeee... slebet betul." Maka tahulah omputih itu bahawa majlis keramaian macam itu dipanggil selebet. Lalu di'slang'kan omputih jadilah celebrate. Sebab itulah bila omputih selebret je apa-apa, mesti ada tarian separuh bugil.
ASAL PERKATAAN AYAM
Ketika Parameswara menobatkan pemerintahaannya di Melaka, berjalan-jalanlah beliau sambil memerhati keadaan sekeliling kampung untuk bertanya khabar dengan orang-orang kampung. Semasa beliau berjalan-jalan ternampaklah beberapa ekor ayam lalu tanyalah parameswara kepada pengiringnya " Kalao disini, binatang seperti burung itu dipanggil appa?". Pengiring itu tidak tahu kerana berasal dari negara yang sama dengan parameswara. Ketika mereka terpinga-pinga untuk mencari jawapannya, maka lalulah seorang budak yang sedang membawa kuih yang dikirim maknya untuk dihantar ke rumah jiran. Lalu parameswara bertanya "Hoi Budak..binatang seperti burung tu kalau disini dipanggil appa?". Budak itu berkata "Kejap tuanku saya ada hal ni". Budak itu pun terus mengetuk pintu rumah jirannya. Parameswara bengang dengan kelakuan budak itu kemudian bertanya buat kali kedua "Hoi aku tanya ni. Apa nama binatang itu?". Budak itu ketakutan sambil menjerit " Makcik Yam..ooo makcik Yam, ni mak hantar kuih ni. Cepat sikit, tuanku ada depan umah makcik Yam ni."Parameswara masih belum puas hati, kali ini tempiknya sangat kuat "APA NAMA KAU CAKAP TADI?" Budak itu terkejut sambil melatah " mmmaakkcik Yammm... yam..". Puaslah hati parameswara kerana sudah tahu namanya. Binatang itu dipanggil makcik yam sehinggalah baginda mangkat. Kemudian ditukarkan ke Ayam kerana makcik Yam telah mengemukakan saman malu terhadap budak tersebut.
Posted by
uday
at
8:03 PM
0
comments
Labels: lawak bodoh
Petua lawak

1.Petua Cepat DiPinang - Banyakkan Meminum Air Pinang
2.Menegangkan Kulit Muka - Stepler Tempat Yg Kendur Tue..
3.Menghilangkan Cagu - Potong Jari Yg Kena Cagu Tue...
4.Menghilangkan Bau Badan - Berendam Dalam Minyak Wangi
5.Melembutkan Rambut - Rendam Kepala Dalam Air Menggelegak...
6.Melentikkan Bulu Mate - Pakailer Bulu Mate Palsu...
7.Melebatkan Rambut - Cari Baja Rambut...
8.Mengurangkan Dengkur - Kurangkan Tidur..
9.Menghilangkan Ketuat - Potong Dgn Pisau Cukur Cap Buaya... .
10.Mengempiskan Perut - Jgn Makan & Jgn Minum...
11.Mengekalkan Kecantikan - Kekalkan Mekap, Jgn Basuh2...
12.Menyegarkan Mate - Tuang Eye Mo...
13.Mengelak Rambut Gugur - Lumur Dengan Gam Gajah...
14.Menghilangkan Kelemumur - Gunekanlah Syampu Rejoice..
15.Menurunkan Berat Badan - Turun Ikut tangga kecemasan..
16.Mengatasi Tumit Pecah - Jalan Berjengket- Jengket...
17.Memerahkan Bibir - Pakai Lipstick arr..
18.Menghaluskan Kulit Muke - Gosok Dgn Kertas Pasir
19.Menaikkan Seri Muke - Makan Kuih Seri Muka Sambil Naik Tangge..
20.Menghilangkan Bau Mulut - Minum Minyak Wangi
Posted by
uday
at
7:46 PM
0
comments
Labels: lawak bodoh
KEMBAR SEIRAS TAPI LAIN UGAMA.

Sungguh teragis…..kesian hajat tak kesampaian....
SETELAH SEKIAN LAMA MENCARI DALAM PELBAGAI CARA DARI SuRAT KHABAR, MEDIA2HIBURAN, JEJAK KASIH, TAUTAN KASIH DLL AKHIRNYA KEMBAR YG TERPISAH INI BERTEMU JUA AKHIRNYA, DISAAT-SAAT YG MANA UMUR MASING-MASING SUDAH MENINGKAT.
WALAUPUN BERLAINAN AGAMA, FAHAMAN DAN KERJAYA, DARAH YG MENGALIR DITUBUH KEMBAR NI MEMBUAT KAN KREW JEJAK KASIH TIDAK JEMU-JEMU MENCARI INFO AGAR KEMBAR INI DAPAT DI KETEMUKAN SEMULA.
(UTK PENGETAHUAN UMUM TV3 SUDAH DPT MENGESAN DARI AWAL LAGI AKAN TETAPI ATAS KESIBUKAN YG DI ALAMI OLEH KEMBAR SEIRAS INI MAKA JADUAL UTK DIKETEMUKAN TERPAKSA Di DI WAR-WARKAN DAHULU)
BERITA TERKINI KEMUNGKINAN BESAR SI KAKAK YG BERADA DI MALAYSIA AKAN MELAWAT SI ADIK YG BERADA DI HONG KONG .
SEMOGA MEREKA BERTEMU.
Posted by
uday
at
7:42 PM
0
comments
Labels: lawak bodoh
Puan pandai main seks?

Puan pandai main seks (Part 1)
Seorang lelaki menghampiri rumah jirannya dan mengetuk pintu...
Ketika wanita muda tuan rumah itu membuka pintu..lelaki itu bertanya... "Cik Puan... adakah cik puan pandai bermain seks?"
Kerana terkejut... wanita muda itu menghempas pintu rumahnya dengan perasaan marah... Namun, lelaki itu tetap mengetuk pintu rumah tadi dan bertanyakan soalan yang sama. Kali ini wanita muda itu menjerit sekuat hati sambil mengusir jirannya yang tidak senonoh itu...
Malamnya.. wanita itu telah menceritakan kejadian memalukan siang tadi kepada suaminya. Suaminya berjanji akan menunggu lelaki biadap itu keesokan harinya jikalau dia datang lagi.
Ternyata benar... keesokan harinya lelaki yang sama datang lagi dan mengetuk pintu. Wanita itu segera membuka pintu sementara suaminya bersembunyi sambil memegang senapang...
Lelaki itu terus bertanya.."Cik Puan... Cik Puan ni pandai tak main seks?"
"Mestilah pandai.. kenapa encik bertanya soalan ini?" jawab wanita itu dengan berani...
"Baguslah kalau pandai... " kata lelaki itu... "Kalau begitu.. puaskanlah suami cik puan dan beritahu dia supaya menjauhi isteri saya!!!"
Puan pandai main seks (Part 2)
Seorang lelaki menghampiri rumah jirannya dan mengetuk pintu...
Ketika wanita muda tuan rumah itu membuka pintu..lelaki itu bertanya... "Cik Puan... adakah cik puan pandai bermain seks?"
Kerana terkejut... wanita muda itu menghempas pintu rumahnya dengan perasaan marah... Namun, lelaki itu tetap mengetuk pintu rumah tadi dan bertanyakan soalan yang sama. Kali ini wanita muda itu menjerit sekuat hati sambil mengusir jirannya yang tidak senonoh itu...
Malamnya.. wanita itu telah menceritakan kejadian memalukan siang tadi kepada suaminya. Suaminya berjanji akan menunggu lelaki biadap itu keesokan harinya jikalau dia datang lagi.
Ternyata benar... keesokan harinya lelaki yang sama datang lagi dan mengetuk pintu. Wanita itu segera membuka pintu sementara suaminya bersembunyi sambil memegang senapang...
Lelaki itu terus bertanya.."Cik Puan... Cik Puan ni pandai tak main seks?"
"Mestilah pandai.. kenapa encik bertanya soalan ini?" jawab wanita itu dengan berani...
"Baguslah kalau pandai... " kata lelaki itu... "Saya sekarang sedang mencari orang yang pandai main seksofon dan ramai orang mengatakan puan lah orangnya."
Posted by
uday
at
7:28 PM
0
comments
Labels: funny, geli-hati, lawak bodoh












