free counters
Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Tuesday, June 30, 2009

Manusia berkepala dua

Bila petang tadi tengok kartun bersama anak bongsu dengan kartun catdog, ada persamaan pulak..hehehe


Sebenarnya gambar ni dah lama saya ada, cuma tidak dipublish di sini kerana nampak macam gambar hoax jer dan tiada keterangan detail. Jangan tanya saya macamana diaorang nak buang air sebab saya pun tak tahu ...





Monday, June 29, 2009

Transformers melanggar Malaysia




Demam transformers 2 melanda Malaysia. Di mana-mana ada gambar transformers sehinggakan anak kecil yang baru belajar bercakap pun pandai panggil pompomer. Di petronas, di KFC, di McD dan sebagainya semua ada kelibat robot ni.

Beginilah hebatnya promosi filem Mat Saleh. Mereka sanggup memperuntukkan jutaan ringgit hanya untuk kos promosi. Ini yang perlu kita pelajari, teknik pemasaran. Filem dah la best ditambahkan dengan promosi gempak lagi sebab tu diaorang untung beratus juta dengan sebuah filem.

Dah lama tak mendapat update cerita terkini berkenaan keruntuhan stadium Mizan yang runtuh, apa finding yang dapat selepas penyiasatan yang dilakukan?

Saja nak kongsi lagi kekereativan orang-orang kita. Orang kita semakin mahir menggunakan photoshop. Jangan salahgunakan kepandaian yang dimiliki untuk benda-benda yang melanggar perintah agama sudahlah.

Saturday, June 27, 2009

Kisah sepasang kekasih



Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya
Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga
Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya
Makwe: Kenapa bukan kumbang
Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe: Wah! hebatnya abg nie....

begitu pandai berkata-kataSetelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah.....bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)

Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?

Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie

Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejeka..

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua...selang beberapa bulanselepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahunkemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anakmereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami: Masakan abg boleh lupaIsteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman....
Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie.
Isteri: Kalau saya jadi bunga
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo
Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...
Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!Suami: Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!

Lembu dan manusia



LEMBU sebenarnya lebih PANDAI daripada MANUSIA kerana...

1 ... lembu tak buang anak dalam tong sampah, longkang dsb.

2 ... lembu tak ponteng kerja... pagi-pagi dia keluar meragut, petang dia balik rumah.

3 ... bila sampai waktu maghrib, lembu mesti balik rumah.. dia tak ada pulak main takraw ke, main bolasepak ke, shopping kat pasar malam ke.

4 ... lembu tak melakukan perhubungan jantina luar tabii.

5 ... lembu tak buat maksiat seperti berjudi, minum arak dsb.

6 ... lembu faham cakap manusia tapi manusia tak faham cakap lembu.

7 ... lembu tak ada pulak beri anak dara dia keluar malam dengan lembu jantan lain.

8 ... anak teruna lembu pulak tak ada nak usung anak dara lembu lain sampai lewat malam.

9 ... lembu punya susu, sapi dapat nama... yang bagi nama minyak sapi tu, manusia lah, bukannya lembu.

10 ... lembu tak ada buang masa membaca email karut macam ni...
jangan marah, lawak bodoh jer..

Cerita ntahapapantah



Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadiaturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akanoutstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu,jadi mari kita habiskan masa bersama-sama....

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu,jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...

Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masabersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya..

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadiuruskan
semuanya..

Woakakaka....penat aku nak tulih lagi nie....

Sampan Bocor

Suatu hari Ajoi hendak pergi memancing di tengah lautan.

Setelah semua peralatan memancing dibawa, Ajoi pun menaiki sampannya sehingga sampai di tenggah lautan.

Tiba-tiba sampan Ajoi bocor. Dia pun menggelabah, puas dicarinya pelampung, tetapi tak jumpa.

Oh! baru dia teringgat, rupa-rupanya pelampungnya tertinggal di rumah.

Ajoi pun cepat-cepat berenang hingga ke pantai hendak balik ke rumah untuk mengambil pelampungnya.

Huhu

Related Posts with Thumbnails
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity