KUALA LUMPUR: Indeks jenayah di 11 kawasan dikategori ‘panas’ di ibu negara menunjukkan penurunan mendadak sejak polis menempatkan 833 anggota tambahan mulai Rabu lalu.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Samah Mat, berkata sebanyak 24 kes direkodkan Khamis lalu dan menurun kepada 20 kes pada Jumaat dan hanya 14 kes dilaporkan kelmarin.
“Selaras arahan Perdana Menteri dalam enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi mengurangkan 20 peratus kadar jenayah jalanan menjelang 2010, penurunan ini adalah satu perkembangan positif dalam usaha kita menumpukan perhatian untuk menurunkan indeks jenayah terbabit,” katanya.
Abdul Samah berkata demikian sewaktu taklimat sempena tinjauan Urus Setia NKRA Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Bukit Aman terhadap penugasan polis cegah jenayah jalanan di Jalan Bukit Bintang dan Jalan Pudu di sini, semalam.
Untuk berita selanjutnya sila klik DISINI
0 comments:
Post a Comment