free counters

Monday, August 10, 2009

Puteri Saudi dirompak RM55 juta di Itali




ROME: Perompak melarikan barang kemas dan wang tunai berjumlah RM55 juta dari bilik hotel seorang puteri Arab Saudi di Sardinia.

“Perompak menggunakan kunci induk. Dalam masa 10 minit waktu makan malam, mereka berjaya melarikan peti simpanan keselamatan daripada bilik suite yang dididiami puteri Saudi itu,” lapor akhbar La Stampa, semalam.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyebut nama puteri berkenaan.

“Peti simpananan keselamatan itu hanya dilekatkan dengan silikon pada dinding,” menurut akhbar itu.



Dalam satu kejadian lain, seorang ahli perniagaan Maghribi kerugian RM746,000 apabila dirompak di sebuah hotel mewah lain di Itali dengan menggunakan teknik yang sama. - AP



0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity