Saturday, August 1, 2009
Michael dilabel ketagih dadah
LOS ANGELESE: Polis yang menyiasat kematian Michael Jackson melabel Raja Pop itu ketagihan dadah.
Menurut kandungan waran geledah, detektif kini cuba mengesahkan sama ada Michael menjadi mangsa terhadap tindakan doktor memberikannya ubat-ubatan yang keterlaluan.
Polis memeriksa dan menggeledah kediaman dan premis perniagaan doktor peribadi Michael, Dr Conrad Murray yang kini menjadi suspek utama punca kematian penyanyi itu.
Polis cuba mencari bukti menyokong dakwaan itu dan juga pelbagai kesalahan lain, termasuk memberikan ubat kepada seorang penagih dan pelaksanaan yang tidak menurut etika kerjanya.
Undang-undang perubatan California menetapkan tiada pegawai perubatan boleh memberi ubat-ubatan kepada mereka yang terlalu bergantung kepada ubat atau mereka yang menyalahguna tujuan asal ubat diberikan.
Pihak berkuasa mendefinasi seorang penagih sebagai pengguna yang tetap menggunakan ubat tertentu meskipun mendatangkan bahaya ataupun tidak mampu mengawal diri daripada menggunakan ubat-ubatan itu.
Penyiasat turut cuba mengenal pasti kandungan bahan kimi yang berada dalam tubuh Michael ketika beliau meninggal dunia selain cuba mengesahkan sama ada ubat penenang, Propofol menjadi punca kematiannya. - Agensi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment