KULAIJAYA: “Saya hanya sempat memeluk dua anak apabila dikejutkan empat lelaki bertopeng ala ninja sebelum leher saya dicekik dan kepala diketuk dengan hulu parang,” kata Rashidah Ani, 38, kakak penyanyi terkenal, Mawi, ketika mengimbas detik cemas apabila banglo keluarganya di Felda Taib Andak di sini, dipecah masuk perompak bersenjatakan parang, menyebabkan kerugian lebih RM8,000, pagi semalam.
Rashidah yang mengandung lapan bulan berkata, dia yang tidur bersama dua anaknya, Amiratul Haziqah Sahrom, 9, dan Zahirah, 7, di ruang tamu kemudian diarah perompak terbabit supaya jangan membuat bising.
Katanya, ketika kejadian, sembilan orang menginap di banglo berkenaan.
“Tiba-tiba saya dikejutkan seseorang dan apabila membuka mata, saya terjerit secara spontan selepas melihat empat lelaki bertopeng penuh di dalam ruang tamu.
Untuk berita penuh sila klik DISINI
Saturday, August 1, 2009
Kebas barang kemas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment