free counters
Showing posts with label perompak. Show all posts
Showing posts with label perompak. Show all posts

Tuesday, August 11, 2009

4 perompak terbujur




GOMBAK: Sangkaan kononnya ilmu kebal diamalkan kalis segala jenis senjata nyata meleset apabila empat perompak warga Indonesia dikenali ‘Geng Pak Ee’ akhirnya tersungkur mati katak selepas tubuh dan kepala mereka ditembusi peluru pistol dilepaskan anggota polis.

Lebih malang, kumpulan penjenayah pecah rumah terbabit yang sebelum ini bertanggungjawab merompak rumah seorang tokoh politik bergelar Datuk, ditembak mati ketika mengamuk dan cuba menyerang anggota polis.

Akibatnya, ketua kumpulan penjenayah dikenali sebagai Lutfi yang diburu sejak tiga bulan lalu, maut selepas anggota polis yang cuba diserangnya melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata dalam kejadian sekitar jam 6.30 pagi semalam, pihaknya menerima maklumat kemunculan kumpulan penjenayah terbabit berhampiran Pasar Borong Selayang di sini.

Untuk berita lanjut sila klik DISINI


SMS-service in 5 minutes
Asia, Nordic and Baltic countries
and Eastern Europe!
fortumo.com

Saturday, August 1, 2009

Kebas barang kemas







KULAIJAYA: “Saya hanya sempat memeluk dua anak apabila dikejutkan empat lelaki bertopeng ala ninja sebelum leher saya dicekik dan kepala diketuk dengan hulu parang,” kata Rashidah Ani, 38, kakak penyanyi terkenal, Mawi, ketika mengimbas detik cemas apabila banglo keluarganya di Felda Taib Andak di sini, dipecah masuk perompak bersenjatakan parang, menyebabkan kerugian lebih RM8,000, pagi semalam.

Rashidah yang mengandung lapan bulan berkata, dia yang tidur bersama dua anaknya, Amiratul Haziqah Sahrom, 9, dan Zahirah, 7, di ruang tamu kemudian diarah perompak terbabit supaya jangan membuat bising.

Katanya, ketika kejadian, sembilan orang menginap di banglo berkenaan.

“Tiba-tiba saya dikejutkan seseorang dan apabila membuka mata, saya terjerit secara spontan selepas melihat empat lelaki bertopeng penuh di dalam ruang tamu.

Untuk berita penuh sila klik DISINI

Related Posts with Thumbnails
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity