free counters
Showing posts with label maut. Show all posts
Showing posts with label maut. Show all posts

Tuesday, August 11, 2009

Cuba bantu lalu pengsan



TANJONG KARANG: “Masa saya sampai kilang, saya tengok orang pengsan. Saya cuba selamat mereka, tapi bila beberapa langkah berjalan kepala tiba-tiba pening sebelum muntah.

“Badan saya terus lemah sebelum tidak sedarkan diri,” kata Teh Ah Low, 54, ketika ditemui di Hospital Tanjong Karang (HTK) di sini, semalam.

Dia antara empat mangsa yang terselamat dan cedera ringan selepas terhidu gas ammonia yang bocor di kilang memproses ikan di jeti persendirian di Kampung Bagan Pasir di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, enam mangsa maut manakala lima lagi cedera selepas terhidu gas dikeluarkan satu daripada empat peti sejuk berbentuk kolah yang menyimpan ikan rosak untuk dijadikan baja.

Untuk berita penuh sila klik DISINI



Start earning SMS-revenue
in 5 minutes!
No startup fee. No monthly fee.
fortumo.com

Tuesday, August 4, 2009

Nabil Raja Lawak Nyaris Maut Kemalangan!!



Juara Raja Lawak musim kedua, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil nyaris maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas di Bukit Jelutong, Shah Alam petang semalam.

Nabil, 26, yang baru memenangi Bintang Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular 2008 Ahad lalu, tercampak daripada motosikalnya dan terkena penghadang jalan bagaimanapun hanya cedera ringan pada bahagian siku dan kaki.


Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, Nabil juga bernasib baik kerana tidak dilanggar oleh sebuah lori yang kebetulan berada berhampiran tempat kejadian sebaik sahaja dia melepasi Plaza Tol Bukit Jelutong.

“Ketika itu saya sedang menuju ke Studio ntv7 di Glenmarie untuk menjalani rakaman program Harta Mania yang bakal ditayangkan di TV9 pada 1 Jun ini.

“Selekoh selepas plaza tol tersebut licin dan berminyak sehingga membuatkan saya tidak dapat mengawal motosikal lalu terbabas.

“Saya kemudian menghubungi Irma Hasmie yang terus membawa saya ke Hospital Darul Ehsan untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Nabil, doktor mengesahkan dia tidak mengalami sebarang kecederaan parah selepas menjalani pemeriksaan sinar-X.

”Saya dibenarkan keluar dan kini berehat di rumah. Ini merupakan kemalangan kedua saya tahun ini.

”Tiga minggu lalu, kereta yang saya pandu terlibat dalam kemalangan di Kerinchi Link,” katanya.

Ditanya mengenai rakaman Harta Mania, Nabil berkata, dia sepatutnya menghabiskan baki rakaman terakhir iaitu tujuh episod program itu semalam dan hari ini.

“Tetapi terpaksa ditangguhkan dahulu sehingga saya benar-benar sihat,” jelasnya.

Related Posts with Thumbnails
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity