free counters
Showing posts with label good. Show all posts
Showing posts with label good. Show all posts

Monday, July 20, 2009

Kamera kesan saman trafik 1 September





IPOH: Pengguna jalan raya tidak terlepas daripada menerima kompaun dan saman apabila melakukan kesalahan lalu lintas di lebih 200 kawasan berisiko tinggi kemalangan di seluruh negara dengan pemasangan Kamera Pengesan Saman Secara Automatik (AES) mulai 1September ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata menerusi sistem, semua kesalahan yang dilakukan pengguna jalan raya direkodkan melalui kamera automatik dan saman dikeluarkan serta-merta melalui komputer Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Kamera automatik ditempatkan di lebih 200 kawasan sering berlaku kemalangan yang dikenal pasti Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia.

Untuk berita lanjut sila klik DISINI

'Pengorbanan Melayu mesti dihargai'





KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bukan Melayu perlu mengambil kira pengorbanan orang Melayu yang sudah banyak berkorban bagi memenuhi tuntutan kaum lain demi keamanan dan perpaduan negara.

Sehubungan itu, katanya, jika mereka (kaum lain) menjadi Melayu, mereka perlu bertanya diri sendiri sama ada orang Melayu perlu berkorban segala-galanya bagi memenuhi tuntutan kaum lain.

"Saya berpendapat jika negara mahu aman dan maju, agihan kekayaan dan kualiti hidup semua kaum perlu adil walaupun tidak sama. Janganlah mana-mana pihak atau kaum tanggung beban kemiskinan keterlaluan, sementara kaum lain hidup mewah.

Untuk berita penuh sila klik DISINI





KUALA LUMPUR 20 Julai - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengenal pasti seramai 98,000 penduduk di negara ini yang layak menerima subsidi beras melalui sistem kupon.

Jumlah tersebut diperoleh melalui pemantauan secara berkala oleh rangkaian e-kasih di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar, sistem kupon yang dicadangkan oleh kementerian bagi membolehkan golongan berpendapatan rendah membeli beras jenis ST15 masih di peringkat kajian.

Menurutnya, kajian awal menunjukkan masalah di peringkat pemborong dan peruncit menjadi punca utama kumpulan sasaran gagal mendapat bekalan beras itu secara berterusan.

"Kita mempunyai tiga kategori kumpulan yang sepatutnya menerima subsidi ST15 iaitu golongan pedalaman, berpendapatan rendah di luar bandar dan berpendapatan rendah di bandar tetapi mereka gagal menerimanya ekoran masalah ketirisan," katanya.

Untuk berita selanjutnya klik DISINI

Related Posts with Thumbnails
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity