free counters

Tuesday, August 11, 2009

Sanggup bersekedudukan demi wang mudah

in 5 minutes!
No startup fee. No monthly fee.
fortumo.com



KUALA LUMPUR: Mahukan wang dengan cara mudah dan pantas mendorong segelintir wanita warga asing terbabit dalam gejala sosial seperti menjalinkan hubungan dengan lelaki tempatan terutama warga emas.

Pengarah Hal Ehwal dan Pengguna Islam Yayasan Bakti Khidmat Masyarakat Malaysia, Abdul Aziz Ismail, berkata selaku badan bukan kerajaan (NGO) yang bergiat aktif berkaitan perkara seperti itu, pihaknya menerima banyak laporan mengenai masalah rumah tangga rakyat tempatan disebabkan suami menjalinkan hubungan dengan pembantu rumah warga asing.

“Saya lihat perkara ini sesuatu yang boleh menjadi serius, malah jika tidak dicegah ia akan menggugat keharmonian rumah tangga penduduk tempatan.

“Berdasarkan aduan diterima, kami dapati antara punca kes wanita warga asing sanggup mengenepikan pegangan agama sehingga bersekedudukan dengan lelaki tempatan disebabkan ia cara paling mudah untuk mendapatkan wang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Untuk berita penuh sila klik DISINI



0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity