free counters

Friday, August 21, 2009

Rukun-rukun wudhu'

Premium Blog Templates

Rukun wudhu' itu ada enam perkara:-



1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengerjakan wudhu', bacalah diwaktu mula hendak membasuh muka:-


"Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala" ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala" bermaksud "Sahaja aku mengangkat wudhu' kerana Allah Ta'ala". Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.




NIAT & BASUH SELURUH MUKA DARI TELINGA KIRI-KANAN
2. MEMBASUH MUKA, mengalikan air serta meratakannya keseluruh muka yang dibasuh itu, dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri - 3 Kali.





HUJUNG JARI HINGGA SIKU MULAKAN TANGAN KANAN/KIRI

3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA DUA SIKU
, dimulai dari siku hingga sampai kedua hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, lakukan sebanyak - 3 Kali.




MENYAPU AIR KE KEPALA MENCUCI KEDUA TELINGA

4. MENYAPU AIR KE KEPALA, merata menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. - 3 Kali.


MEMBASUH KEDUA BELAH KAKI MULAKAN KAKI KANAN/KIRI

5. MEMBASUH KEDUA KAKI, mengalir dan ratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga bukulali atau matakaki, mulakan sebelah kanan dahulu. - 3 Kali.

6. TERTIB, mengikut urutan atau turutan yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.

Selesai mangangkat wudhu' hendaklah membaca Doa Selepas wudhu'



2 comments:

Hazimah Halil said...

Terima kasih atas perkongsian. Semoga Allah membalas jasa baik anda Amin. Thank you :)

Anonymous said...

Salam, saya nak tanya sahkah wudhu seseorang jika anggota yang dibasuh itu bermula dari kiri dahulu, ataupun dilakukan secara serentak? Ini kerana ramai orang mengambil wudhu, melakukan basuhan di telinga secara serentak.

Related Posts with Thumbnails
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity