KUALA LUMPUR: “Saya ada hak untuk buat tuntutan ini,” kata pemain badminton negara, Roslin Hashim, 34, yang memfailkan tuntutan ganti rugi perkahwinan terhadap bekas isteri yang dikahwininya hanya 12 hari.
Roslin memfailkan tuntutan terhadap Faizah Mohamad, 32, melalui peguamnya, Roslizam Rahim di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, kira-kira jam 11 pagi di sini, semalam.
Roslin ketika ditemui bagaimanapun, enggan mengulas lanjut berhubung tuntutan itu dan hanya menyatakan ia meliputi semua perbelanjaan perkahwinan mereka.
“Tuntutan ini hak maruah saya kerana tidak berlaku sebarang perkahwinan antara kami,” katanya.
Sementara itu, Roslizam memaklumkan kepada media tuntutan itu dibuat mengikut Seksyen 46(2)(b) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993.
Untuk berita penuh sila klik DISINI
Start earning SMS-revenue in 5 minutes! No startup fee. No monthly fee. fortumo.com |
0 comments:
Post a Comment