Ada sesiapa di sini yang masih ingat Mamat yang dahulunya vokalis kumpulan Exist? Setelah keluar dari kumpulan Exist suatu ketika dahulu, Mamat telah bergerak secara solo dan menghasilkan beberapa album.
Antara lagu yang penulis suka dengar adalah seperti Aleeya Mysara dan banyak lagi. Namun selepas itu, Mamat seolah-olah hilang dari bidang seni tempatan. Kata orang, dah termasuk dalam kategori artis ’suam-suam kuku’ la. Hehe.. jangan marah.
Setelah diselidiki, rupa-rupanya Mamat sekarang sudah membawa diri ke Singapura. Kenapa ye? Pasaran muzik tempatan dah tepu sangat ke hingga terpaksa menagih rezeki di negara orang pula?
Mamat sudah 4 bulan berada di Singapura dan khabarnya sudah menyiapkan beberapa lagu baru. Sebuah lagu duet bersama artis wanita Singapura dan satu lagi untuk lagu solonya. Harap-harap best la lagu tu yer!
Walaupun cukup sibuk dengan urusan di Singapura, Mamat tetap tidak melupakan tanggungjawabnya terhadap keluarga. Dengan erti kata yang lain, selalu juga lah berhubung dengan anak-anak di Kuala Lumpur ini. Hai.. berhubung dengan anak je ke? Dengan isteri bagaimana?
Yang kami peliknya, kalau dah ada kerja di Singapura, kenapa tidak dibawa aje family tinggal di sana? Mungkinkah berlaku keretakan di dalam rumahtangga beliau? Dengarnya sudah 4 bulan jugalah Mamat tidak sebumbung dengan isterinya! Apa citer tu wei??
Atau mungkinkah juga di Singapura, Mamat sudah ada ’spare tyre’? Anyone knows?
Monday, August 3, 2009
Mamat Exist Bawa Diri Ke Singapura?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment