JOHOR BAHRU: Meskipun sering mendapat perhatian setiap kali muncul di khalayak ramai, namun jauh di sudut hati Ijaz Ahmed, 28, lelaki kedua tertinggi di dunia itu terselit perasaan sunyi dan sedih memikirkan soal jodoh yang sesuai untuk dijadikan teman hidupnya.
Pemuda setinggi 2.56 meter dari Punjab, Pakistan itu sehingga kini belum bertemu gadis idamannya walaupun pernah dirancang berkenalan dengan seorang wanita Brunei yang mempunyai ketinggian dua meter kerana faktor perbezaan usia yang ketara.
“Mengikut pandangan beberapa pakar perubatan yang pernah merawat saya, wanita yang sesuai dikahwini seharusnya mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya dua meter.
“Biarpun ketinggian wanita di Brunei itu sesuai, perancangan itu tidak dapat diteruskan apabila difahamkan wanita terbabit sudah mencecah usia 47 tahun.
Untuk berita lanjut sila klik DISINI
0 comments:
Post a Comment