KUANTAN: Seorang peneroka dari Felda Lepar Hilir II di sini, terlalu sedih apabila isteri keduanya melarikan diri, dipercayai bersama teman lelakinya.
Wanita warga Laos, Pinkham Soulgnakham atau nama Islamnya Norliza Abdullah, 21, itu dipercayai melarikan diri ke Kuala Lumpur pada 5 Jun lalu, selepas berhenti bekerja secara tiba-tiba sebagai tukang masak di sebuah kolej di Jalan Gambang, di sini.
Suaminya, Che Ali Che Mat, 48, berkata sebelum itu, dia menghantar isterinya ke tempat kerja pada jam 3.30 petang dan menjemputnya pulang pada jam 11 malam.
Bagaimanapun, katanya, wanita itu tidak muncul sehingga jam 12 tengah malam dan dia membuat laporan isterinya hilang di Balai Polis Gambang.
Untuk maklumat berikutnya sila klik DISINI
Have a website or portal? Start earning SMS-revenue in 5 minutes! No startup & monthly fee fortumo.com |
0 comments:
Post a Comment