free counters

Wednesday, August 5, 2009

Hacker Indonesia Serang Laman Web Malaysia Demi Manohara Odelia Pinot!!





Ini berita yang baru penulis terima dan cukup menggemparkan! Nasib yang menimpa bukan sahaja menarik perhatian media malah turut menarik “hacker” atau penggodam dari Indonesia untuk mencerobohi laman-laman web Malaysia!

Perkara ini telah berlaku sejak minggu lepas namun tidak dihebohkan oleh media Malaysia.


Hacker yang menggelarkan dirinya sebagai “” telah memecahmasuk laman web seperti amssolution.com.my, aspati.com.my, hkl.gov.my, carihouse.com, dan uumtvchannel.com.my. Beberapa laman web yang telah terkena serangan ini telah berjaya dipulihkan namun uumtvchannel.com.my masih lagi dikuasai oleh hackers.

Kerosakan yang dilakukan oleh hackers ini ialah dengan menampal bendera melaysia yang dijelmakan dalam bentuk tengkorak di bahagian atas laman web tersebut manakala di bahagian bawah ditulis F*** Maling**** diikuti dengan kata-kata sokongan mereka terhadap Manohara yang berbunyi begini :

–==[[GembelcybeR was heRe]]==– |

Dedicated To :
Kami Tidak Rela
Wanita INDONESIA
Disekap Dan Dianiaya Oleh Kalian..!!

:ThanKs To:
| byz999 | controlaltdel | kaRMa666 | nG4p4KCyb3R | lintah_cyber |chikmonk | SPY KIT | MetroPoliX | DJ4iL | D3RRYL_O1O1 | PHO3NIX H4XOR | Bl4ck_H4t | vires jatimcrew


Di Indonesia sekarang heboh tersebar melalui pesanan berantai di Yahoo Messenger bahawa hackers di Malaysia akan membalas dendam terhadap rakyat Indonesia dengan menggodam email mereka bermula esok. Betul atau tidak, kita tunggu je la esok ye.

p/s : Nampaknya isu ini telah mengundang kemarahan rakyat Indonesia terhadap Malaysia. Komen-komen negatif mereka terhadap Malaysia boleh dilihat di laman web
Sosialita Jakarta
.





Muat Turun MP3 Percuma
MP3, Muzik Video & Lirik Tanpa Had

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity