free counters

Saturday, August 1, 2009

Anna “Sufiah Malaysia” Jual Tubuh Di Internet




Heboh di internet sehari dua ini tentang kewujudan blog yang memaparkan gambar lucah Anna yang memperkenalkan dirinya sebagai “Sufiah Malaysia”. Menurut laman web tersebut, Anna, 27 tahun merupakan bekas pelajar UPM dan dia menawarkan harga antara RM50 hingga RM150 untuk melakukan hubungan seks dengannya.

Dia yang dikatakan berasal dari sebuah negeri di Pantai Timur turut menamakan dua orang bekas pensyarah di UPM sebagai “Sugar Daddy” nya dan mereka lah yang telah menanggung kos untuk pembedahan plastik ke atasnya (Pulak dah!). Antara maklumat yang diletakkan di dalam laman web tersebut adalah nama penuh beliau, no kad pengenalan, no telefon untuk dihubungi serta pengalaman bekerja (dah macam resume la pulak).

Tidak ketinggalan disertakan 7 keping gambar yang mana 2 antara gambar tersebut merupakan gambar bogelnya dan posisi yang diambil sebijik macam Sufiah Yusoff satu ketika dahulu. Yang menjadi persoalan saya, betul ke gambar-gambar tersebut milik Anna? Jawapan yang saya dapat fikirkan ketika ini adalah “Ya” dan “Tidak”.

Jika “Ya”, mungkin inilah cara Anna ingin mempromosikan dirinya sebagaimana yang pernah dibuat oleh Sufiah Yusoff dahulu. Yelah, sekarang kan cara cepat untuk mendapat duit adalah dengan menjual tubuh. Soal maruah letak kat tepi..itulah masalah masyarakat kita sekarang. Jika “Tidak” pula, dah sah-sah ini mesti kerja bekas teman lelaki Ana ataupun mereka yang berdendam dengannya. Ini adalah kerana, ketika wartawan Kosmo menghubungi no telefon yang tertera di laman web terbabit, Anna memarahi wartawan tersebut dan meminta supaya tidak mengganggunya lagi. Dan bila cuba dihubungi sekali lagi, nampaknya telefon tersebut telah pun dimatikan. So apa cer?

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity