free counters

Tuesday, July 21, 2009

PGA rampas 697 lembu, kerbau

ANGGOTA PGA mengawal sebahagian daripada 158 ekor kerbau yang dirampas berhampiran sempadan Malaysia–Thailand di Kampung Kemahang 1, dekat Tanah Merah, semalam.
Ternakan bernilai RM2.8j diseludup dari Thailand untuk Ramadan, raya

RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) Kelantan merampas 539 ekor lembu dan 158 kerbau bernilai RM2.8 juta yang diseludup dari Thailand sejak awal bulan ini untuk bekalan umat Islam sempena Ramadan dan Aidilfitri ini.

Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA, Superintendan Rooslan Radzi, berkata ternakan itu dirampas dalam 45 serbuan dan rampasan y di sekitar Rantau Panjang, Tumpat dan Pasir Mas, terutama berhampiran pangkalan haram di tebing Sungai Golok bersempadankan Thailand.

Katanya, lembu dan kerbau adalah antara rampasan terbesar di sempadan sejak awal bulan ini, selain pelbagai barangan lain seperti kain tudung, mercun dan bunga api, beras dan sayuran serta pakaian dengan nilai keseluruhan hampir RM4 juta.

Untuk berita selanjutnya sila Klik DISINI

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity