free counters

Tuesday, July 21, 2009

Lelaki edar foto adegan seks isteri kena 6 bulan

TERTUDUH diiringi anggota polis selepas dijatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM2,000 di Mahkamah Majistret Kuantan, semalam.

Suami 57 tahun fotostat gambar lucah

KUANTAN: Seorang pembekal alat ganti dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah mengedar gambar lucah isterinya bulan lalu.

Tertuduh, didakwa mengedar enam keping gambar lucah adegan seks dalam bentuk salinan fotostat kertas bersaiz A4 di Court Mammoth, Jalan Abdul Aziz, di sini, kira-kira 8 pagi hingga 12 malam antara 28 Jun dan 7 Julai lalu.

Majistret Iriane Isabela, yang mengutuk perbuatan itu, berkata tertuduh yang beragama Islam sepatutnya dikenakan hukuman lebih berat.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pada 13 Julai lalu, seorang kerani wanita berusia 41 tahun membuat laporan polis berkaitan pengedaran gambar lucah yang didakwa dilakukan oleh suaminya.


Pendakwaan dijalankan oleh Cif Inspektor Muhamad Azman Ariffin manakala tertuduh tidak diwakili oleh peguam.

1 comments:

uday said...

bodoh punya olang

Related Posts with Thumbnails
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity