KUALA LUMPUR 20 Julai - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengenal pasti seramai 98,000 penduduk di negara ini yang layak menerima subsidi beras melalui sistem kupon.
Jumlah tersebut diperoleh melalui pemantauan secara berkala oleh rangkaian e-kasih di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar, sistem kupon yang dicadangkan oleh kementerian bagi membolehkan golongan berpendapatan rendah membeli beras jenis ST15 masih di peringkat kajian.
Menurutnya, kajian awal menunjukkan masalah di peringkat pemborong dan peruncit menjadi punca utama kumpulan sasaran gagal mendapat bekalan beras itu secara berterusan.
"Kita mempunyai tiga kategori kumpulan yang sepatutnya menerima subsidi ST15 iaitu golongan pedalaman, berpendapatan rendah di luar bandar dan berpendapatan rendah di bandar tetapi mereka gagal menerimanya ekoran masalah ketirisan," katanya.
Untuk berita selanjutnya klik DISINI

Monday, July 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment